60 Hari bersama Linux Mint 10

Mac 5th, 201132 Comments
ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pergembaraaan ini bermula seawal 2011.sukar aku menghadapi pahit kehidupan bersama Linux Mint 10.hari itu tetap aku teruskan hingga aku telah menggunakan Linux mint 10 selama 60 hari.sukar aku gambarkan melalui kata-kata indah, melainkan 60 Hari bersama Linux Mint 10.

Linux mint 10 bahasa melayu

Linux mint 10

60 Hari bersama Linux Mint 10  satu perkara amat mencabar.mana tak nya, aku biasa guna Windows.tetiba nak beralih ke linux mint 10 selama 60 hari tu.pengguna windows tak boleh lari dari serangan virus berbahaya.pada malam tahun baru 2011, Asus A42N di jangkiti virus H10N20.pilihan yang tinggal di tangan aku adalah pasang linux mint 10.syukur la segala kesusahan dapat aku hadapi bersama linux mint 10.

Gimp Alternatif Photoshop 7

gimp alternatif adobe photoshop alternative

gimp alternatif

Payah juga kalau tiada perisian ubah koyak tempek gambar ni.linux mint 10 telah sediakan perisian ni secara semulajadi.sedikit aku dapat guna perisian Gimp ni.biar tak sama seperti photoshop harga punya la mahal.adik aku umur 5 tahun pun tak mampu beli. :cry:

OpenOffice alternatif Microsoft Office

microsoft office alternative open-office

open office

Masa dulu aku taip surat cinta buat tugasan di kolej, guna la sang Microsoft Office.nak buat tugasan kolej pun nak bayar untuk Microsoft Office.cuba bayangkan harga Microsoft Office campur beli Microsoft Windows 7 Home Premium.lebur la duit kat Microsoft.selama aku guna OpenOffice, satu sen pun tak payah keluar.sekiranya aku nak buat ebuku, senang sangat la.pilih simpan kemudian tukar ke PDF.mana main la guna perisian kedua. :wink:

EASYSHARE M530 Digital Camera

EASYSHARE M530 Digital Camera error initializing camera 60 could not lock the device

EASYSHARE M530 Digital Camera linux mint 10

Bila aku cucuk pada usb.keluar la alamat error initializing camera 60 could not lock the device.masalah ni aku dapat selesaikan dengan muat turun perisian EASYSHARE M530 Digital Camera.cara pasangan tu kena sekali pakai Winehq.boleh la keluar gambar yang pernah aku tangkap.

Semua benda akan jadi senang jika kita cari jalan penyelesaian.jangan nak kata tak seronok la guna linux ni.kena la belajar selagi ada masa.

Sepanjang 60 Hari bersama Linux Mint 10.aku telah anggap diri aku ni berada di luar negara.konon aku ni sambung belajar ambil PHD.negara akan aku sambung belajar Amerika syarikat, UK, Brazil, Jepun atau Korea selatan.cuba bayang kan jika berada diluar negara.semua kena belajar sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Negara akan aku pilih ialah Korea selatan.Internet Korea selatan boleh tembusi 1 GBps.puas tonton video internet dan muat turun apa saja yang berat-berat. :shock:

Ps : Internet rumah aku ni buat hal pula.kena tukar modem ke ni.

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Maut bergumpal bersama dodol
  2. Hari Kemerdekaan ke-53 betul tak
2 Love Search
About author:

Pengasas Kejuteraan Pelincir Ali-alridha{dot}com,Bekas Pelajar Juruteknik Sistem komputer,Suka Menonton Cerita Kelakar,Kartun,Minat tangkap gambar berkuliti tinggi DSLR,

All entries by

32 Responses to “60 Hari bersama Linux Mint 10”

  1. Amry berkata:

    errr….aku buta teknologi.tak pernah guna lagi la linux.hehe…harga dia pon mahal dowh. kalau adik ko yang umur 5 tahun tak dapat beli, inikan pula aku. haha

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Amry, silap la.harga photoshop mahal…linux ni sumber terbuka…kita boleh muat turun secara percuma…benda linux ni semua percuma.

    [Reply]

    Amry Reply:

    @Ali ridha, o yer ker. aku tajk tahu.hehe..mengong tul aku ni

    [Reply]

  2. joomla templete berkata:

    Betul tu ,linux adalah open source iaitu perkongsian terbuka,memang da belajar sikit linux ne tpi yang ubuntu la,susah sikit pasal selalu window jer

    [Reply]

  3. Wan berkata:

    aku pernah cuba linux mint 9 ja
    live version

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Wan, cuba la pula linux mint 10…pasang terus pada komputer…

    [Reply]

  4. akubiomed berkata:

    Linux Mint 10 tidak pernah dengar lagi. Kali terakhir saya pakai Ubuntu tetapi ingat version berapa. Kalau ada rezeki saya hendak baiki desktop dan install Ubuntu balik

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @akubiomed, linux mint tersenarai dalam 10 Distro comel.tempat ke-enam tangga linux paling orang ramai guna…Ubuntu terus kekal tangga pertama.nanti ada rezeki komputer dah elok tu..boleh la cuba linux mint 10..

    [Reply]

  5. Fikryn berkata:

    Salam,
    mint ten ni aku belum pernah cuba lagi,
    Rasanya nak cuba jugalah.. aku ada satu lappy yg tgh free ni bolehlah install.

    Terima kasih sudi berkongsi ilmu.

    Thumb up!

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Fikryn, kena belajar lebih sikit guna linux mint ni.jika guna ubuntu senang…semua orang terus sokong.

    ada satu lappy kosong ke tu??? baik cuba la belajar linux ni.

    sama-sama……

    [Reply]

  6. Sir Marcello berkata:

    setakat nie…ada ape2 masalah yang timbul tak? aku pakai ubuntu netbook remix kat netbook jer…

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Sir Marcello, masalah tu kena cari la…ubuntu aku tahu la memang terbaik…jika kita pandai pasang perisian ubuntu dalam linux mint…tiada masalah sangat la.

    [Reply]

  7. tehr berkata:

    pernah juga cuba beberapa kali guna linux
    setakat ini belum sempat nak install kat komputer sendiri

    lagi pun mungkin lebih baik kalau dapat install pada komputer lain
    bukan yang utama ni, kan?

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @tehr, sebab tu kita kena cuba juga..bila nak
    cuba linux pada komputer sendiri..

    apa salah kalau pasang pada komputer satu lagi.

    [Reply]

  8. Zik berkata:

    Gimp Alternatif Photoshop 7 tuh nampak menarik nak edit gambar.. dia punya icon cute2 jer…

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Zik, Photoshop lebih bagus…cuma harga punya la mahal…lebih guna Gimp dulu…kena belajar perlahan-lahan.

    [Reply]

  9. syahrilhafiz berkata:

    oh juliaa, memang menarik bro sebab pakai icon faenza..

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @syahrilhafiz, warna desktop nampak gelap sikit.hihi… nanti nak belajar lebih lagi…

    oh julia, can you be my girlfriend.hihi…

    [Reply]

  10. faiz berkata:

    so skang ni still gune Linux or not ? recommended x ?

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @faiz, guna linux la seronok….baru rasa bebas sikit dari virus.

    [Reply]

  11. adele berkata:

    waah, ini mmg lelaki minat bab ni..satu pun sy tak paham:D

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @adele, belajar la sikit tentang linux.virus tiada masuk…bertambah la virus mati setiap hari.

    tolong promosi linux ni.

    [Reply]

  12. Mrs.Ayie berkata:

    Aduh, dua tiga kali ulang baca baru faham. Sungguh lah saya lambat tangkap. Tapi Gimp Alternatif Photoshop 7 nampak menarik tertarik.

    “Koyak dan tempek” suka ayat ni hehe

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Mrs.Ayie, harga Photoshop hampir mencecah ribuan ringgit…bila tukar dolar ke RM, jadi la RM15++ lebih.hehe..

    [Reply]

  13. waaa…mantap laa. pas ni boleh cuba. sebelum ni pun pakai Ubuntu. Install je terus BUNTU nak pakai. macam mana pun bila pakai Linux atau Ubuntu dapat elak dari diserang hacker. Hacker nak hack pun jadi susah. :)

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Master Pak Pandir, ni linux mint 10.cara guna lebih kurang juga..ubuntu lebih mendahului linux yang lain..hihi..

    [Reply]

  14. Fitrihadi berkata:

    internet korea memang power bro… sebab tu movie diorang semua guna HD je.. baru layan…
    .

    [Reply]

    Ali ridha Reply:

    @Fitrihadi, jom nanti kita sambung belajar di Korea selatan….sambil berkenalan dengan awek korea yang putih salji tu.

    [Reply]

  15. khairolghani berkata:

    aku pernah guna Linux sekejap..tapi lepas tu aku tukar balik ke Windows sebab macam tak faham je nak guna camna..

    [Reply]

  16. Khidhir berkata:

    Linux mint ni support dia bagus tak? Dari segi software dan driver camne eh. Compatible tak dgn Linux lain cam Ubuntu or Fedora? Juz wonder sbb saya tak pernah guna lagi

    [Reply]

  17. eastbullet berkata:

    selain dari window, aku pernah guna Mac OS je.. itu pun terkial-kial dan bermaki-maki sebab macam-macam tak ley buat. padahal sendiri yang tak tau guna… akhirnya guna window je la.. mudah kat Malaysia ni..

    [Reply]

  18. Notakaki berkata:

    dalam pengetahuan aku, linux ni sesuai tuk hacker..hehehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Tinggal komen bergambar.belajar di Gravatar indentiti komen bergambar.daftar di Gravatar.com