Malaysia benam Laos 5-1 Piala AFF Suzuki 2010

Dis 8th, 201028 Comments
ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasukan kita Malaysia ke separuh akhir.aku ingat tak boleh menang.terima kasih kepada bambang.selepas ni kenalah harap gol dari pemain negara kita.riuh-rendah rumah aku.ingat apa.pasukan Malaysia dapat jaringkan gol.huhuhu….

MOHAMAD Muslim (kanan) bertindak cemerlang pada aksi menentang Laos semalam untuk menutup benteng Malaysia daripada dibolosi.

MULA-mula kena belasah, sekarang melangkah bergaya ke separuh akhir.Begitu cabaran yang dilalui skuad bola sepak negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010.

Semalam, skuad bimbingan K. Rajagobal itu mara ke separuh akhir selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Jaka Baring, Palembang.

Pada masa yang sama, terima kasih kepada bekas penyerang import Selangor, Bambang Pamungkas yang menjadi watak penting dalam membantu skuad negara layak ke separuh akhir, semalam.

Bambang mengesahkan kemenangan Indonesia apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas Thailand dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pada aksi semalam, skuad kebangsaan mudah membelasah Laos 5-1 menerusi dua jaringan Amri Yahyah serta masing-masing satu gol daripada Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli.

lebih-lebih tu pergi baca 10 kali pun takpe.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Ps : aku langsung susah nak tidur malam semalam.

No related posts.

2 Love Search
About author:

Pengasas Kejuteraan Pelincir Ali-alridha{dot}com,Bekas Pelajar Juruteknik Sistem komputer,Suka Menonton Cerita Kelakar,Kartun,Minat tangkap gambar berkuliti tinggi DSLR,

All entries by

28 Responses to “Malaysia benam Laos 5-1 Piala AFF Suzuki 2010”

  1. akubiomed berkata:

    Tanniah buat pasukan Malaysia kerana membuktikan anda memang layak ke peringkat seterusnya dan terima kasih kepada pasukan Indonesia kerana semangaat kesukanan anda kerana mengalah Thailand. Kalau tidak kemenangan Malaysia keatas Laos sia-sia sahaja. Harap 2 pasukan ini berjumpa di final nanti :-)

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @akubiomed: kemengan Malaysia tak sia-sia semalam.terima kasih bambang.hehehe………

    [Reply]

    donny Reply:

    Bambang terbaik..lepas ni lawan indonesia pula?huu

    [Reply]

    suri Reply:

    mari kita saksikan ia nanti…

    [Reply]

  2. tengkorak emas berkata:

    Terima kasih Bambang :D

    dan skuad negara, jadikan pengajaran, takkan tiap kali nak rasa berdebar dan bergantung pada keputusan pasukan lain..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @tengkorak emas: sama-sama.bisa aja membantu saudara serumpun gue :D hahaha……. tendang je bola tu bagi gol.

    [Reply]

    donny Reply:

    terbaik dari amri semalam..

    [Reply]

  3. emancloud berkata:

    Malaysia bolehh!!

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @emancloud: ya,Malaysia boleh…….

    [Reply]

    suri Reply:

    jika kau fikirkan kau boleh!!

    [Reply]

  4. zik berkata:

    fuh terbaik lah malaysia… tapi sambil tuh tengok juga thailand lawan indon.. sekali tengok thailand leading lah pulak… nasib baik dapat 2 penalti… cuak jugak kalau tak gol penalti…

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @zik: harapan tinggal 50-50 masa tu.aku minta tolong la menang.

    [Reply]

  5. Hadi Rofiee berkata:

    Semoga Malaysia dapat melangkah ke final & memenanginya. Boleh!.

    [Reply]

    donny Reply:

    ya,malaysia boleh ali-alridha pon boleh hehe

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @donny: boleh tengok je kat TV.mana ada masa nak pergi stadium.

    [Reply]

  6. etomyam berkata:

    memang steady, lepas ni harap boleh menang lagi

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @etomyam: tak payah berdebar dah.pasti boleh menang.

    [Reply]

  7. syahrilhafiz berkata:

    yeah malaysia menang walaupun main dalam hujan
    aku rasa malaysia advance la kat sini..

    [Reply]

    hafizmd Reply:

    keh2…boleh jadi jugak…sbb tgk ramai pemain loas yg cramp..tak biasa agaknya..

    [Reply]

  8. hafizmd berkata:

    @ali al-ridha: memang tak sia2…kalau thai menang pun mlm tuh…aku tetap katakah tahniah pada skuad malaysia!

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @hafizmd: tahniah pasukan malaysia.bermain dalam lumpur pun depa sanggup.huhuhu……….

    [Reply]

  9. hafizmd berkata:

    Malaysia memang layak menang malam tuh…dan terima kasih juga pada pertahanan loas yg cukup goyah…memang lepas gol kedua tu…mereka dah macam hilang semangat…

    pada pemain malaysia, kena lebih banyak idea utk atur serangan…macam lawan loas tu…insyaAllah…boleh ke final nanti…

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @hafizmd: Pada mula Malaysia rasa berdebar tak tentu pasal.tetiba dapat jaringkan gol.

    terima kasih Amri.nanti ada masa.aku belanja mee taichi.hehehe……

    insyaAllah…kita boleh ke final nanti………….

    [Reply]

  10. dnoBiz berkata:

    yang merisaukan aku ialah corak permainan pasukan kita yang tak konsisten, dan corak prmainan yang ditunjukan semasa menentak laos pun kurang menarik

    Ps : tapi yang penting berjaya ke peringkat seterusnya :D

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @dnoBiz: hujan tak demam depa.duit beli ubat la.selepas ni mesti konsisten.

    [Reply]

  11. suri berkata:

    malam tu tak dpt tgok sb sakit pala huuu..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @suri: rakam guna pita VHS.

    [Reply]

  12. wazy berkata:

    Terbaik la Pasukan Malaysia

    [Reply]

Leave a Reply

Tinggal komen bergambar.belajar di Gravatar indentiti komen bergambar.daftar di Gravatar.com