Malaysia garang keputusan Piala AFF suzuki 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berdebar jantung aku semalam.mana tidaknya.Malaysia garang menentang Indonesia.misi pasukan Kebangsaan membalas dendam atas kekalahan pada awal December 2010.
SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.
Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.
Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.
Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Pasukan Kebangsaan seperti ada peningkatan dari melawanan lepas.jika kita kekalahan 5 jaringan dari Indonesia.membuat Malaysia belajar dari kesilapan.semalam dapat juga Malaysia garang menebus kekalahan dahulu.
Jurulatih Thailand ada hati nak kata boleh kalahkan Malaysia.ni sekarang kami dah layak ke Final Piala AFF Suzuki.ini kali pertama pasukan Malaysia garang akan menjulang Piala AFF Suzuki.
untuk cerita pasal bola sepak.tanya la zik,hafizmd,etomyam,dnoBiz,syahrilhafiz,akubiomed, atau sorang mamat ni.nama dia Mas donny.
Keputusan Piala AFF Suzuki
Malaysia 3 – 0 Indonesia
Aku ucapkan tahniah buat Malaysia garang keputusan AFF suzuki 2010 dah keluarkan.
Incoming search terms:
Related posts:
- Malaysia benam Laos 5-1 Piala AFF Suzuki 2010
- Malaysia layak ke peringkat akhir piala AFF 2010
- Facebook sangat benci Malaysia












tahniah malaysia…seriously teruja semalam kat stadium…sorakan giler kuat..tapi sedih…tempat duduk takde…
[Reply]
farah Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:34 pm
@fendidahada, hehe..patut nampak kat tv ari tu..g stadium..hehe..gurau je… seronok tgk bila menang n lawan cantik cam tu kan..
[Reply]
fendidahada Reply:
Disember 28th, 2010 at 2:34 pm
@farah, yeke masuk tv..kaka…tak mana masuk…nak nmpak padang pun susah…duduk kat celah2 lubang je…
[Reply]
wahh hebatla malam tadi, yang paling best tandukkan safee ali minit ke 73 … cuma kecoh pasal laser tuh… kalau ikutkan indon yang start main laser masa kat sana…. habis kat blog aku orang2 indon attack blog aku… aku takut kena hack jer… harap2 jangan la… hoho…
[Reply]
farah Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:35 pm
@zik, hehe…indo mmang camtu…cakap orang kemain..kalau kita kate dia riuh nak bakar bendera kita..hehe…gudluck malaysia..focus kat bola bukan kat co**
[Reply]
pasal laser tu tipu je tu. rasanyalah. sbb tu gmbr kat tempat lain. dorg crop. tp ntah betul ke tidak.
[Reply]
BUKIT JALIL Peluang Malaysia untuk melangkah ke pentas final Piala Suzuki AFF buat kali kedua semakin cerah selepas membenam Vietnam 2-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Bukit Jalil. Pemain Malaysia Mohd Safee Sali kanan diasak pemain Vietnam Le Phouc Tu dalam pertemuan pertama kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember 2010. -foto AFP Dua gol Safee Sali pada minit ke-60 dan 79 membantu Malaysia untuk membawa bekalan selesa ke Stadium My Dinh.Pada separuh masa pertama permainan agak hambar yang menyaksikan para pemain negara kelihatan kelihatan pada lima minit terakhir sehingga terikat 0-0 ketika pemain menuju ke bilik persalinan.Sebaik wisel ditiupkan anak didik K.
[Reply]
akhirnya…misi utk menang dgn jaringan besar tercapai juga….best game malam tadi..mmg nampak defend malaysia cukup disiplin…
teruskan malaysia!!!
[Reply]
farah Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:38 pm
@hafizmd, terbaek la malaysia..tak sia2 layan bola even tak penah amik tau pun be4 neh.:)
[Reply]
Ali ridha Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:48 pm
@farah, apakat cik farah turun padang.mana nak tahu cair semua mamat2 indon tu.hehehe….bergurau la….
[Reply]
farah Reply:
Disember 28th, 2010 at 2:18 pm
@Ali ridha, kalau cair…kalau kena laser sape nk jawab..?haha
[Reply]
walaupon malam tadi aku tengok sipi-sipi jer perlawanan tu kat kedai mamak, tapi aku dapat rasakan kehangatan perlawanan tu. memang sempoi la pasukan malaysia. TARBAIK!!!
[Reply]
tehr Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:25 am
@Amry, aku pun dapat tengok sipi2 je
tahniah untuk semua rakyat malaysia
[Reply]
Amry Reply:
Disember 28th, 2010 at 12:34 am
@tehr, ko pon sipi2 bro. senasib la kita.hampeh tu kedai mamak tu, tv ada 2 tapi 1 dia pasang astro channel CNN. hangin aku. tv da la kecik. tak dapat tengok jaringan-jaringan menarik. Grrr
[Reply]
memang garang pon…seumur hidup aku tak pernah tengok skuad Malaysia main macam tue….mungkin ini tanda2 perubahan bolasepak negara kot…tahniah buat skuad dan jurulatih..
[Reply]
farah Reply:
Disember 29th, 2010 at 11:05 am
@optionshift3, huhu,,,tak sabar tungguh perlawanan akhir ke2…:)
[Reply]
harap kegarangan ni akan terus berkekalan demi memartabatkan bola kita
[Reply]
tahniah Malaysia………… we are the winner
[Reply]