Wikileads Pendedahan rahsia paling kontroversi

Dis 10th, 201032 Comments
ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah ampa terbaca pada akhbar.mengatakan Pengasas Wikileads mencabul kemudian serah diri.ini ada satu lagi pendedehan rahsia paling kontroversi.

dalang Wikileads Pendedahan rahsia paling kontroversi

BERBANDING sebaran berita umum atau propaganda biasa, rahsia besar yang dibocorkan sebenarnya mengundang rasa ingin tahu yang lebih mengujakan. Pendedahan maklumat sulit seringkali disambut dengan persepsi yang pelbagai dan eksploitasi situasi demi mencapai matlamat tertentu.

Perkara itulah yang dikhuatiri berlaku dan akan merubah corak perhubungan diplomatik antarabangsa apabila sebuah organisasi media baru bukan berasaskan keuntungan, WikiLeaks, bertindak mendedahkan pelbagai maklumat berprofil tinggi ke pengetahuan umum.

Organisasi yang memaparkan dokumen sulit daripada sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan itu sudah mula menapak di dalam talian sejak tahun 2006.

Dikendalikan syarikat The Sunshine Press, laman itu mendakwa memiliki lebih 1.2 juta data sejak setahun pelancarannya. Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.

Aktivis Internet, Julian Paul Assange, 39, yang bertindak sebagai pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks dipercayai mula mengendalikan laman web itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne, Australia.

Sejak tahun pertama WikiLeaks beroperasi, wartawan dan penerbit berkelulusan doktor falsafah dalam bidang fizik tersebut tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman web ‘panas’ ciptaannya itu telah memancing perhatian global.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

PS : Dasar internet tak privasi.sentiasa jadi isu.muka pecah amanah betul Mat Salleh Omputih Barat.

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Malaysia benam Laos 5-1 Piala AFF Suzuki 2010
2 Love Search
About author:

Pengasas Kejuteraan Pelincir Ali-alridha{dot}com,Bekas Pelajar Juruteknik Sistem komputer,Suka Menonton Cerita Kelakar,Kartun,Minat tangkap gambar berkuliti tinggi DSLR,

All entries by

32 Responses to “Wikileads Pendedahan rahsia paling kontroversi”

  1. tengkorak emas berkata:

    dunia tanpa sempadan..sekarang ni wikileaks sibuk cari server baru sebab nak pastikan web mereka dapat terus survive..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @tengkorak emas, depa memang minta simpati bila dah nak terjatuh.

    [Reply]

  2. donny berkata:

    @ali al-ridha,

    huu..memang kontroversi la mamat ni

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @donny, video bogel mamat ni mana.tak jumpa pun.Pak cik Google tak kasi ke.

    [Reply]

    donny Reply:

    @ali al-ridha,
    tulah,dah habis carik tak jumpa gak haha…

    [Reply]

    hafizmd Reply:

    @donny, tak payah carilah… :D

    [Reply]

  3. Emmet berkata:

    bagus per,baru dunia tahu betapa kejamnya amerika

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @Emmet, biar satu dunia tahu.malu la tu amerika.

    [Reply]

  4. Ismail N berkata:

    Hairan jugakkan.. US dan UK govt sibuk2 nak tutup wiki dan tangkap si Julian nie.. Sanggup lagi charge tuduhan rogol (mcm kes Anwar he he jugak.. tu la ngata M’sia paku serpih…) .
    Tapi senator2 US yg kena implicates dlm cables Wiki tu tak kena siasat pun!

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @Ismail N, entah aku tak tahu siapa betul.macam HP syarikat pengeluaran komputer.kena tuduh gangguan seksual tempat kerja.

    semua disebabkan dia buat pengakuan.sains islam pengatasi segala aspek kehidupan.belum sebut pasal Al’quran tu.

    [Reply]

  5. suri berkata:

    habis di godamnya…mka cam tak bersalah jer ceh…

    gerrrr..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @suri, muka manusia.biasa lah tu.

    [Reply]

  6. suri berkata:

    jika dah terlalu pandai inilah kerjanya..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @suri, kerja pecah privasi.

    [Reply]

  7. wazy berkata:

    huhu
    macam-macam hal

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @wazy, dunia punya hal.

    [Reply]

  8. syahrilhafiz berkata:

    adooi je mamat tu
    cabul la lembu ke? baru best..haha~

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @syahrilhafiz, lembu depa habis kena sembelih.

    [Reply]

  9. Wan berkata:

    tak boleh p mamat ni

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @Wan, letak jawatan la.

    [Reply]

  10. etomyam berkata:

    semua dunia dah tahu apa sebenarnya yg US dok intip selama ni

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @etomyam, teknologi depa dok intip kita.perlu bangun kan teknologi sendiri.

    [Reply]

  11. donny berkata:

    singah up trafik lagi :)

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @donny, terima kasih rakan blog ku.sejak kebelakangan ni.trafik aku naik turun je.

    [Reply]

  12. kulanz berkata:

    ramai juga yang menyokong tindakan diorang tu..

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @kulanz, benda jahat.jika ia rancangan Amerika.kenalah depa sokong.

    [Reply]

  13. zik berkata:

    wah memang kontroversi… dah tengok dia punya pengkalan dia…. pergghh awesome…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    @zik, Server kalis nuklear dan backup power dijana oleh enjin kapal selam jerman U boat memang hebat :-)

    [Reply]

  14. akubiomed berkata:

    Polis dunia telah diaibkan. Takut pada bayang-bayangnya sendiri macam tu jadinya. Lihat cina semasa pengajuran sukan Asia tak gusar pun serangan pengganas

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @akubiomed, Polis dunia bagai anjing patah gigi.kaki sikit tercedera.sudah takut hendak bertindak.

    Mat Salleh ni suka jadi orang bepengaruh.

    [Reply]

  15. hafizmd berkata:

    bila dnia tanpa sempadan…inilah natijahnya yg perlu diharungi…
    tapi harus juga beringat…kene tapis dan siasat dulu kesahihannya :D

    [Reply]

    ali al-ridha Reply:

    @hafizmd, kandungan internet perlu ditapis.siapa kata internet itu untuk kebebasan.

    [Reply]

Leave a Reply

Tinggal komen bergambar.belajar di Gravatar indentiti komen bergambar.daftar di Gravatar.com